Ahad, 3 March 2024 | 12:14am
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Polis Sepanyol banteras sindiket palsukan wang kertas 100 euro

MADRID: Polis Sepanyol berjaya melakukan 14 tangkapan dan menumpaskan sindiket pemalsuan wang kertas 100 euro bernilai 1.1 juta euro (RM5.2 juta), yang diedarkan tanpa dapat dikesan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan peranti lain.

Menurut Jurucakap Polis Sepanyol, wang kertas yang dihasilkan oleh sindiket tu dibuat dengan tangan dan sangat berkualiti kerana ia menggunakan dakwat khas, cecair dan elemen berbeza yang direka untuk memintas mekanisme pengesanan.

"Sindiket yang berasal daripada Pakistan itu berpangkalan di Naples, Rom serta Barcelona, dan mengedarkan wang kertas itu ke Itali, Perancis, Greece dan Sepanyol.

"Pihak polis telah menahan pengedar di lapangan terbang Barcelona dan stesen bas di kawasan bandar serta mendapati mereka sedang membawa wang kertas palsu bernilai 70,000 euro," katanya.

Operasi polis membabitkan pasukan di Sepanyol, Itali dan Greece bermula November lalu selepas sejumlah besar wang kertas palsu ditemui di Barcelona. - REUTERS

Berita Harian X