Sabtu, 17 Februari 2024 | 7:11pm
Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU. - Foto hiasan
Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU. - Foto hiasan

Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU

BRUSSELS: Sebarang platform dalam talian yang boleh diakses di Eropah dikenakan peraturan lebih ketat mulai Sabtu, termasuk berkaitan perlindungan pengguna dan ketelusan pengiklanan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.

Penyedia platform dalam talian seperti Google, Amazon dan YouTube telah mematuhi peraturan terbabit – yang merupakan sebahagian daripada Akta Perkhidmatan Digital (DSA) sejak Ogos 2023.

Platform terbabit harus menyediakan maklumat tentang iklan yang dipaparkan, termasuk mengapa iklan berkaitan dipaparkan kepada pengguna dan siapa yang telah membayar untuk tujuan itu.

Di samping itu, kanak-kanak di bawah umur akan diberi perlindungan khas.

Persatuan digital Bitkom berkata tindakan terbabit merupakan langkah penting demi melindungi pengguna internet di EU.

Pengguna akan dilindungi daripada maklumat salah, ucapan kebencian dan produk palsu manakala keselamatan dalam talian akan dipertingkatkan. – BERNAMA-dpa

Berita Harian X