Jumaat, 26 Januari 2024 | 6:18pm
Raja Charles III. - Foto AGENSI
Raja Charles III. - Foto AGENSI

Raja Britain Charles III dimasukkan ke hospital untuk pembedahan prostat

LONDON: Raja Charles III dimasukkan ke hospital London hari ini untuk pembedahan berjadual, kata Istana Buckingham, seminggu selepas mendedahkan raja Britain itu akan dirawat kerana pembesaran prostat.

"Raja itu pagi ini dimasukkan ke hospital London untuk rawatan berjadual," tambah istana, sambil menyatakan bahawa baginda mengucapkan terima kasih kepada "semua mereka yang telah menyampaikan ucapan selamat mereka sepanjang minggu lalu". - AFP

Berita Harian X