Khamis, 25 Januari 2024 | 5:00pm
(Gambar fail) Prosiding di ICJ pada 11 Januari lalu bagi tuntutan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan berhubung kes dakwaan genosid dilakukan Israel. - FOTO REUTERS
(Gambar fail) Prosiding di ICJ pada 11 Januari lalu bagi tuntutan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan berhubung kes dakwaan genosid dilakukan Israel. - FOTO REUTERS

ICJ umum keputusan kes dakwaan genosid Israel esok

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya, esok, bagi tuntutan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan berhubung kes dakwaan genosid dilakukan Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kes itu membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah dalam satu kenyataan.

Sidang umum dijadualkan berlangsung pada jam 1 tengah hari di Peace Palace di The Hague, Belanda, dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel dengan menuduhnya melakukan genosid ketika pencerobohan ke atas Gaza.

Perbicaraan mengenai kes itu telah berlangsung selama dua hari bermula 11 Januari lalu. – BERNAMA-WAFA

Berita Harian X