Selasa, 26 Disember 2023 | 3:32pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

5 mayat ditemui di pangsapuri berhampiran Paris

BOBIGNY: Pihak polis Perancis menemui lima mayat di sebuah pangsapuri di bandar Meaux, timur Paris semalam.

Menurut laman berita Actu17, mangsa adalah seorang wanita bersama empat anaknya yang masih kecil.

Setakat ini, pihak polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kes kematian itu.

Polis juga dikatakan sedang mencari seorang lelaki berusia 33 tahun yang juga ayah kepada kepada empat kanak-kanak berkenaan, yang kini melarikan diri.

Pendakwa Raya, Jean-Baptiste Bladier, mengesahkan penemuan lima mayat itu.

Wilayah Paris baru-baru ini menyaksikan beberapa siri pembunuhan bayi.

Pada akhir November lalu, seorang lelaki berusia 41 tahun mengaku membunuh tiga anak perempuannya, berusia empat hingga 11 tahun, sebelum menyerahkan diri.

Polis menemui kesemua mangsa mati di rumah mereka di bandar Alfortville, di pinggir tenggara ibu negara.

Pada Oktober lalu, seorang anggota polis membunuh tiga anak perempuannya sebelum membunuh diri di rumah di Vemars, Val-d'Oise. - AFP

Berita Harian X