Rabu, 20 Disember 2023 | 8:07am
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. - Foto AFP
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky. - Foto AFP

Ukraine hasilkan satu juta dron tahun depan

KYIV, Ukraine: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan negara itu akan menghasilkan satu juta dron tahun depan, sekali gus bakal menjadi elemen penting dalam pertempuran antara negaranya dan Russia.

"Kami akan menghasilkan satu juta dron tahun depan. Askar kami akan menerima dron buatan Ukraine dalam briged mereka," katanya sambil menambah negaranya mampu menghasilkan peranti moden itu..

Ukraine dan Russia menggunakan dron secara meluas bagi mengesan kedudukan musuh masing-masing selain menggugurkan bahan letupan dan meletupkan sasaran.

Dron boleh dihantar untuk menyerang sasaran atau hasil risikannya boleh digunakan melakukan serangan.

Lazimnya, serangan dron mencetuskan persaingan di antara Moscow dan Kyiv, dengan terbaharu mereka merancang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan kedudukan Russia dengan lebih baik dan bertahan daripada serangan.

Pegawai Ukraine memberitahu AFP, angkatan tenteranya memerlukan 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha menangkis serangan tentera Russia.

- AFP

Berita Harian X