Isnin, 27 November 2023 | 11:09pm
Samuel Paty dibunuh di luar sekolahnya di pinggir bandar Paris oleh seorang penyerang berusia 18 tahun yang berasal dari Chechnya, yang kemudian ditembak mati oleh polis sejurus selepas serangan itu. - Foto AFP
Samuel Paty dibunuh di luar sekolahnya di pinggir bandar Paris oleh seorang penyerang berusia 18 tahun yang berasal dari Chechnya, yang kemudian ditembak mati oleh polis sejurus selepas serangan itu. - Foto AFP

Enam remaja dihadapkan ke mahkamah berhubung penggal kepala guru Perancis

PARIS: Seramai enam remaja dibicarakan secara tertutup hari ini berhubung kes penggal kepala guru sejarah Perancis, Samuel Paty, pada 2020, pembunuhan yang mengejutkan negara.

Dilaporkan Paty menunjukkan kepada murid-muridnya karikatur Nabi Muhammad SAW dalam kelas mengenai kebebasan bersuara, menimbulkan kemarahan beberapa ibu bapa Islam yang disifatkan sebagai satu penghinaan.

Seorang gadis berusia 13 tahun pada masa itu dikatakan memberitahu ibu bapanya bahawa Paty meminta murid Islam keluar dari bilik sebelum menunjukkan karikatur.

Dia menghadapi pertuduhan palsu selepas diketahui bahawa dia tidak berada di dalam kelas ketika perkara itu berlaku.

Paty, 47, dibunuh di luar sekolahnya di pinggir bandar Paris oleh seorang penyerang berusia 18 tahun yang berasal dari Chechnya, yang kemudian ditembak mati oleh polis sejurus selepas serangan itu.

Lima lagi remaja bawah umur, antara 14 dan 15 tahun pada masa serangan itu, akan didakwa dengan konspirasi jenayah terancang atau serangan hendap.

Kesemua enam remaja bawah umur terbabit dirujuk ke mahkamah kanak-kanak dan boleh menghadapi hukuman dua setengah tahun penjara.

Tidak dapat dikenal pasti usia kanak-kanak terbabit dan hadir ke mahkamah dengan memakai hoodie untuk menyembunyikan muka mereka.

"Dia berasa kesal dan sangat takut dengan konfrontasi dengan keluarga Paty," kata peguam kepada seorang tertuduh, Antoine Ory, sebelum perbicaraan bermula.

Perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga 8 Disember, akan diadakan secara tertutup dan lapan orang dewasa turut dituduh dan akan dihadapkan ke mahkamah jenayah khas.

Bulan lalu, hampir dua tahun sebelum hari pembunuhan Paty, seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas menikam seorang guru dan mencederakan dua orang lagi dalam serangan di sebuah sekolah di utara Perancis, mencetuskan kebimbangan baru terhadap keganasan.

Perancis mengalami gelombang serangan oleh militan sejak beberapa tahun lalu, termasuk serangan senjata api pada 2015 di pejabat Charlie Hebdo, sebuah majalah satira yang menerbitkan karikatur yang ditunjukkan Paty dalam kelasnya. - REUTERS

Berita Harian X