Sabtu, 25 November 2023 | 4:47pm
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine pada 25 November, menunjukkan seorang wanita mengeluarkan serpihan kaca dari tingkap pecah bangunan kediaman yang rosak selepas serangan dron di Kyiv, di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine. -AFP

Ukraine tembak jatuh 71 dron Russia dalam serangan terbesar ke atas ibu negara

KYIV: Ukraine mendakwa berjaya menjatuhkan 71 dron serangan Russia semalam, yang disifatkan sebagai satu serangan terbesar ke atas ibu negara, sejak bermula pencerobohan.

Pentadbiran bandar Kyiv berkata, lima orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.

"Tentera udara memusnahkan 71 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) serangan Shahed 131/136.

"Sebahagian besar daripada kenderaan terbabit musnah di wilayah Kyiv," kata tentera udara di media sosial.

Menurut Datuk Bandar, Vitali Klitschko, amaran udara di bandar itu berlangsung selama enam jam dan serpihan dron yang jatuh mencetuskan kebakaran dan merosakkan bangunan di seluruh ibu negara.

"Musuh meneruskan keganasan," katanya.

Serangan itu berlaku pada hari Ukraine menandakan Holodomor iaitu tahun 1930-an di mana kebuluran berjuta-juta di Ukraine di bawah pimpinan Soviet Joseph Stalin.

"Lebih daripada 70 Shahed musnah pada malam Hari Peringatan Holodomor. Kepemimpinan Russia berbangga dengan fakta bahawa ia boleh membunuh," kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di media sosial.-AFP

Berita Harian X