Khamis, 8 Jun 2023 | 5:40pm
Anggota bomba dilihat berhampiran terowong Terfener di Fritzens, barat Austria, tempat kebakaran berlaku atas sebab yang tidak diketahui, semalam. -AFP
Anggota bomba dilihat berhampiran terowong Terfener di Fritzens, barat Austria, tempat kebakaran berlaku atas sebab yang tidak diketahui, semalam. -AFP

Austria: Kereta api terbakar, hampir 400 penumpang terselamat

FRITZENS (Austria): Ratusan penumpang terpaksa dipindahkan selepas kereta api dinaiki terbakar dalam terowong di wilayah Tyrol, Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut perkhidmatan kecemasan, seramai 370 penumpang terpaksa dipindahkan dari kereta api malam, yang dalam perjalanan dari Innsbruck ke Amsterdam dan Hamburg pada Rabu malam.

Kerosakan pada kabel elektrik dalam terowong rel Terfens menyebabkan kebakaran pada satu atau lebih kenderaan yang dibawa dengan gerabak pembawa kereta.

Polis berkata, kira-kira 50 penumpang cedera ringan atau terhidu asap. Tiada kecederaan serius dilaporkan.– BERNAMA-dpa

Berita Harian X