ISTANBUL: Pusat pengundian bagi pilihan raya presiden Turkiye ditutuo petang tadi dan keputusan dijangka lewat hari ini.
Pilihan raya itu dikatakan akan menamatkan pemerintahan selama dua dekad Presiden, Recep Tayyip Erdogan.
Peratusan keluar mengundi juga dijangka besar kerana pengundian dianggap pungutan suara terhadap pemimpin paling lama berkhidmat di Turkiye dan partinya yang berteraskan Islam.
Kali ini masa paling sukar kepada pemimpin berusia 69 tahun itu tetapi pembangkang juga menghadapi laluan sukar.
Turkiye mempunyai 85 juta penduduk, dan pilihan raya diadakan ketika negara di tengah-tengah krisis kos sara hidup.
Pencabar utama Erdogan ialah Kemal Kilicdaroglu, yang mengetuai pakatan enam parti pembangkang, tetapi pilihan raya penentu akan diadakan pada 28 Mei ini, jika seorang daripada mereka gagal mendapat lebih 50 peratus undi. - AFP