Sabtu, 22 April 2023 | 3:14pm
Perdana Menteri Britain, Minister Rishi, pada sidang media mengenai pindaan undang-undang bagi membendung kemasukan PATI menerusi Selat Inggeris, di Downing Street, London di United Kingdom (UK). - Foto REUTERS
Perdana Menteri Britain, Minister Rishi, pada sidang media mengenai pindaan undang-undang bagi membendung kemasukan PATI menerusi Selat Inggeris, di Downing Street, London di United Kingdom (UK). - Foto REUTERS

UK usul pinda undang-undang bagi usir PATI

LONDON: Kerajaan Britain mahu menetapkan langkah untuk mengehadkan keupayaan mahkamah menyekat pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia adalah antara pindaan undang-undang yang dicadangkan dibawa ke Parlimen minggu depan, bagi mengatasi krisis kebanjiran PATI di negara itu.

Menghentikan aliran pencari suaka, PATI dan pendatang lain yang menggunakan bot kecil untuk menyeberangi Selat dari Perancis adalah salah satu keutamaan Perdana Menteri, Rishi Sunak, untuk tahun ini.

Lebih 45,000 pendatang mendarat di pantai selatan England tahun lalu, naik 500 peratus dalam tempoh dua tahun lalu dan Rabu lalu, kerajaan menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada 56,000 orang tahun ini.

"Untuk mempercepatkan penyingkiran, pindaan akan menjelaskan bahawa mahkamah domestik UK tidak boleh menggunakan sebarang langkah sementara untuk menghentikan seseorang disingkirkan jika mereka mengemukakan cabaran undang-undang.

Penyokong pro penghijrahan bertembung dengan penunjuk perasaan anti penghijrahan warga asing memasuki United Kingdom (UK), yang menuntut pusat memproses migran di Manston, Britain ditutup. - Foto REUTERS
Penyokong pro penghijrahan bertembung dengan penunjuk perasaan anti penghijrahan warga asing memasuki United Kingdom (UK), yang menuntut pusat memproses migran di Manston, Britain ditutup. - Foto REUTERS

"Pertimbangan hanya boleh diberi kepada mereka yang berisiko mengalami bahaya serius dan tidak dapat dipulihkan," kata Kementerian Dalam Negeri Britain dalam satu kenyataan.

Pindaan lain kepada undang-undang akan membolehkan PATI dikelaskan sebagai orang dewasa jika mereka enggan menjalani 'penilaian umur saintifik', dan membenarkan pegawai imigresen mencari telefon bimbit pendatang.

"Perubahan yang saya umumkan hari ini akan membantu melindungi sempadan dan memudahkan kita mengeluarkan orang dengan menghalang mereka daripada membuat tuntutan palsu pada saat-saat akhir.

Ini akan memastikan kita dapat mengukuhkan laluan selamat dan sah kita," kata Menteri Dalam Negeri, Suella Braverman.

Badan amal yang menyokong pelarian mengatakan bahawa Britain menawarkan pilihan yang sangat terhad kepada kebanyakan pendatang untuk memohon suaka sebelum memasuki negara itu, atau memasuki Britain secara sah dengan tujuan menuntut suaka.

Kerajaan Britain juga berusaha untuk menghalang PATI dengan menghantar mereka ke Rwanda, tanpa mengira asal usul mereka, tetapi setakat ini mahkamah Britain menghalang pelaksanaan tindakan itu. - REUTERS

Berita Harian X