Khamis, 23 March 2023 | 4:07pm
Parlimen Sweden hari ini meluluskan usul untuk menyertai NATO. - Foto AP
Parlimen Sweden hari ini meluluskan usul untuk menyertai NATO. - Foto AP

Parlimen Sweden lulus usul sertai NATO

STOCKHOLM: Parlimen Sweden hari ini meluluskan usul untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sejumlah 269 menyokong, 37 menentang, 43 Ahli Parlimen tidak hadir, manakala dua daripada lapan parti di Parlimen (Riksdag) -- Left Party dan Green Party -- mengundi menentang usul berkenaan.

Hungary dan Türkiye adalah dua negara terakhir daripada 30 ahli NATO yang belum meratifikasi penyertaan Sweden dan Finland dalam pakatan tentera itu, lapor Xinhua.

Sweden dan Finland mengemukakan permohonan untuk menyertai NATO pada Mei lalu. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X