SYDNEY: New Zealand bakal melarang Ahli Parlimennya menggunakan aplikasi TikTok dalam peranti mereka, sekali gus menyertai beberapa negara Barat yang juga bertindak sedemikian atas alasan keselamatan.
TikTok akan diharamkan pada semua peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian Parlimen New Zealand menjelang akhir Mac, kata ketua eksekutif Perkhidmatan Parlimen Rafael Gonzalez-Montero.
TikTok mendapat perhatian yang semakin meningkat kerana kebimbangan data pengguna daripada aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance yang berpangkalan di Beijing boleh menjejaskan kepentingan keselamatan Barat.
Britain pada Khamis mengharamkan aplikasi itu pada telefon kerajaan berkuat kuasa serta-merta. Agensi kerajaan di Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa sehingga akhir bulan Mac untuk memadamkan aplikasi daripada peranti rasmi.
Gonzalez-Montero, dalam e-mel kepada Reuters, berkata keputusan itu diambil selepas nasihat daripada pakar keselamatan siber dan perbincangan dalam kerajaan dan dengan negara lain.
"Berdasarkan maklumat ini, Perkhidmatan menentukan bahawa risiko tidak boleh diterima dalam persekitaran Parlimen New Zealand semasa," katanya.
Pengaturan khas boleh dibuat untuk mereka yang memerlukan aplikasi itu melakukan kerja mereka, tambahnya. - REUTERS