Ahad, 25 Disember 2022 | 6:20pm
Pesawat Russia dikesan dalam wilayah Belarus dan dijangka menuju Ukraine. - Foto hiasan
Pesawat Russia dikesan dalam wilayah Belarus dan dijangka menuju Ukraine. - Foto hiasan

Jet pejuang Russia dikesan di Belarus, menuju Kyiv

KYIV: Siren serangan udara dibunyikan di Kyiv, termasuk seluruh wilayah Urakine pagi tadi, kata pegawai.

Berdasarkan laporan rakyat Ukraine di media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, amaran dikeluarkan selepas beberapa jet pejuang Russia dikesan di ruang udara Belarus.

Bagaimamanapun, REUTERS tidak dapat mengesahkan segera maklumat berkenaan.

Dalam kejadian terbaru, tiga petugas perkhidmatan kecemasan Ukraine terbunuh dalam letupan periuk api ketika memeriksa di wilayah Kherson.

"Mereka berkhidmat dalam skuad kecemasan dan penyelamat Unit Tujuan Khas Jabatan Negara Ukraine di wilayah Zhytomyr dan melaksanakan tugas memeriksa wilayah yang dibebaskan daripada musuh di wilayah Kherson," kata perkhidmatan kecemasan Zhytomyr di Facebook. - AGENSI

Tentera Ukraine menembak ke arah pasukan Russia dalam wilayah Kharkiv, hari ini. - Foto AP
Tentera Ukraine menembak ke arah pasukan Russia dalam wilayah Kharkiv, hari ini. - Foto AP

Berita Harian X