KYIV: Tiga petugas perkhidmatan kecemasan Ukraine terbunuh semalam dalam satu letupan periuk api ketika memeriksa sebahagian wilayah Kherson.
"Ketiga-tiga mereka berkhidmat dalam skuad kecemasan dan penyelamat Unit Tujuan Khas Jabatan Negara Ukraine di wilayah Zhytomyr dan melaksanakan tugas memeriksa wilayah yang dibebaskan daripada musuh di wilayah Kherson," kata perkhidmatan kecemasan Zhytomyr di Facebook.
Wilayah Zhytomyr terletak di barat Kyiv, di utara Ukraine.
Russia, yang menceroboh Ukraine pada 10 bulan lalu, menguasai banyak kawasan tetapi bukan semua di wilayah Kherson.
Menjelang pertengahan November, tentera Ukraine menawan semula bandar Kherson dan beberapa penempatan di wilayah itu.
Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata, tentera Russia sudah banyak meletupkan bangunan dan objek, pakar bahan letupan dihantar untuk berkhidmat di sana.
Mereka juga telah melakukan perkara sama di banyak kawasan lain yang Ukraine tawan semula.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menganggarkan pada awal Disember bahawa kira-kira 160,000 kilometer persegi tanah Ukraine perlu diperiksa untuk bahaya bahan letupan.
Ia adalah hampir separuh saiz tanah Jerman.
"Kami menjangkakan ini menjadi ancaman periuk api terbesar yang sejak Perang Dunia Kedua," kata Jabatan Negara dalam taklimat yang disiarkan di laman webnya.
Semalam, pihak berkuasa Ukraine berkata, serangan Russia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di Kherson, manakala Moscow menyalahkan tentera Ukraine untuk serangan itu. - REUTERS