Selasa, 13 Disember 2022 | 5:17pm
epa10362585 Vapour rises during cold winter evening from industrial zones in Braunschweig and Wolsburg, Lower Saxony, Germany, 12 December 2022. German grid agency reports, Germany not saving enough gas to rule out gas shortages this winter. German industry in Germany is affecting of gas shortage do to Russia-Ukraine war. EPA/FILIP SINGER
epa10362585 Vapour rises during cold winter evening from industrial zones in Braunschweig and Wolsburg, Lower Saxony, Germany, 12 December 2022. German grid agency reports, Germany not saving enough gas to rule out gas shortages this winter. German industry in Germany is affecting of gas shortage do to Russia-Ukraine war. EPA/FILIP SINGER

Russia tingkat pengeluaran senjata 'paling berkuasa'

MOSCOW: Russia sedang meningkatkan pengeluaran senjata generasi baru untuk melindungi negaranya daripada musuh-musuh di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Australia, kata mantan Presiden Russia, Dmitry Medvedev, kelmarin.

"Kami sedang meningkatkan pengeluaran (senjata) paling berkuasa lagi memusnahkan kesemuanya berdasarkan teknologi terbaru," kata Medvedev melalui aplikasi kiriman pesan Telegram.

"Musuh kita bukan saja di wilayah tempat asal kita, Malorossiya," kata Encik Medvedev, menggunakan istilah itu untuk menggambarkan wilayah Ukraine zaman moden yang menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet di bawah kekuasaannya dulu.

"Ia adalah di Eropah, AS, Jepun, Australia, New Zealand dan beberapa lagi di tempat-tempat lain yang pernah berikrar setia kepada Nazi," kata beliau.

Medvedev, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Majlis Keselamatan Russia, tidak pula memberikan butir-butir tentang senjata yang dimaksudkan itu.

Presiden Vladimir Putin berulang kali mengatakan bahawa Russia sedang membangunkan senjata baru, termasuk senjata hipersonik yang dibanggakannya, berupaya memintas sistem pertahanan peluru berpandu yang ada sekarang.

Sejak Putin mengerahkan tenteranya ke Ukraine pada 24 Februari, Medvedev, 57, sering menulis di media sosial dengan angkuhnya.

Dengan Moscow kelihatan lemah dalam serangannya ke atas Ukraine, kebuntuan tentera menimbulkan kebimbangan bahawa Russia mungkin menggunakan senjata nuklearnya untuk mencapai kejayaan ketenteraan.

Pada Jumaat lalu, Putin berkata Russia akan meminda doktrin ketenteraannya dengan kemungkinan melancarkan serangan awal bagi melumpuhkan musuh.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu pembayang bahawa ia merujuk kepada serangan nuklear.

Pemimpin Kremlin itu mendakwa bahawa sistem peluru berpandu dan hipersonik Russia adalah 'lebih canggih dan malah lebih cemerlang' berbanding dengan apa yang dimiliki oleh Amerika. - AFP

Berita Harian X