LONDON: Kesatuan pengajar terbesar Scotland mengumumkan akan mengadakan mogok baharu pada 16 Disember dalam pertikaian mengenai gaji.
Ketika ini, Britain menghadapi pergolakan perindustrian yang meluas menjelang tempoh cuti Krismas hingga Januari apabila pekerja bergelut dengan inflasi dua angka mengambil tindakan untuk menuntut gaji dan keadaan kerja yang lebih baik.
Institut Pendidikan Scotland berkata, tindakan perindustrian itu akan berlaku antara 16 Januari dan 6 Februari.
"Kami dipaksa untuk melakukan tindakan ini kerana kekurangan kesediaan untuk berunding dengan betul dan membayar guru dengan sewajarnya oleh kerajaan yang mengatakan ia ingin dinilai berdasarkan rekodnya mengenai pendidikan," kata Setiausaha Agung kesatuan, Andrea Bradley, dalam satu kenyataan.
Beribu-ribu guru Scotland keluar dari tempat kerja Khamis lalu, hingga membawa kepada penutupan kebanyakan sekolah di negara itu.
Menteri Pendidikan Scotland, Shirley-Anne Somerville, berkata minggu ini permintaan kesatuan untuk kenaikan gaji 10 peratus adalah 'tidak mampu' dilaksanakan. - REUTERS