Jumaat, 29 April 2022 | 6:54pm
Kerajaan United Kingdom (UK) mengerahkan sekitar 8,000 tentera untuk menjalani latihan di timur Eropah selepas Russia menceroboh Ukraine. - Foto AGENSI
Kerajaan United Kingdom (UK) mengerahkan sekitar 8,000 tentera untuk menjalani latihan di timur Eropah selepas Russia menceroboh Ukraine. - Foto AGENSI

UK kerah 8,000 tentera jalani latihan di timur Eropah

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) hari ini mengerahkan sekitar 8,000 tentera untuk menjalani latihan di timur Eropah bagi mempersembahkan kekuatan selepas Russia menceroboh Ukraine.

Latihan selama berbulan lamanya di beberapa negara dari Finland ke Macedonia Utara turut disertai beberapa sekutu termasuk Perancis dan Amerika Syarikat (AS), kata pegawai pertahanan dalam satu kenyataan.

Britain menghantar 72 kereta kebal Challenger 2 dan 120 kenderaan tempur berperisai dilengkapi senjata artileri, helikopter serta dron untuk menjalani latihan.

Beberapa daripada sudahpun dalam perjalanan.

"Keselamatan Eropah sangat penting," kata Setiausaha Pertahanan, Ben Wallace, yang menggelarnya sebagai salah satu perkongsian kerahan terbesar sejak Perang Dingin.

Pegawai bertugas, Leftenan Jeneral Ralph Wooddisse, berkata Britain membuat sumbangan besar kepada pertahanan Eropah dan menghalang pencerobohan Russia.

"Beberapa siri latihan tentera British adalah mustahak untuk kedua-dua pihak," tambahnya.

Britain membekalkan peluru berpandu kepada Ukraine untuk melawan Russia. Pihaknya juga bersiap siaga untuk membantu dengan kereta kebal dan pesawat melalui rakan seperti Poland.

Setiausaha Luar, Liz Truss Rabu lalu berkata, seluruh Ukraine mesti dibebaskan termasuk Crimea, selepas kawasan semenanjung itu dirampas Russia pada 2014. - AFP

Berita Harian X