Khamis, 17 Februari 2022 | 8:03am
Pusat ujian COVID-19 mudah alih ditempatkan di London ketika pakar perubatan Britain memberi amaran berhubung rancangan kerajaan untuk mengurangkan ujian coronavirus. - Foto EPA
Pusat ujian COVID-19 mudah alih ditempatkan di London ketika pakar perubatan Britain memberi amaran berhubung rancangan kerajaan untuk mengurangkan ujian coronavirus. - Foto EPA

Britain syor kanak-kanak 5-11 tahun divaksin

LONDON: Pihak berkuasa perubatan Britain mengesyorkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun disuntik vaksin COVID-19 bagi memperluaskan skop inokulasi.

Tindakan itu difahamkan bertujuan mempercepatkan proses vaksinasi kanak-kanak di Britain, yang agak ketinggalan berbanding negara lain.

Menteri Kesihatan, Sajid Javid, berkata beliau akan menerima nasihat pakat kesihatan itu dan melaksanakan langkah yang perlu.

Britain sudah pun menawarkan suntikan vaksin bagi kanak-kanak berisiko tetapi pelaksanaannya berjalan agak perlahan berbanding Amerika Syarikat (AS) dan Israel, yang sudah pun menyuntik kanak-kanak dalam lingkungan usia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI), Wei Shen Lim, berkata pendekatan itu dapat mengurangkan risiko gelombang baharu COVID-19.

"Tujuan utama menawarkan vaksinasi bagi usia 5-11 tahun adalah untuk meningkatkan daya tahan mereka bagi mengelakkan penyakit yang teruk.

JCVI berkata terdapat keperluan tidak serius bagi menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak dengan sela masa 12 minggu antara dos.

Kesemua empat negeri di United Kingdom sudah mematuhi garis panduan JCVI bagi pengedaran vaksin.

Scotland dan berkata ia akan menerima nasihat JCVI bagi melaksanakan suntikan kepada kanak-kanak bersuai 5-11 tahun. - REUTERS

Berita Harian X