Ahad, 30 Januari 2022 | 8:44am
Kanak-kanak Britain akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech, iaitu satu pertiga daripada dos dewasa. - Foto AFP
Kanak-kanak Britain akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech, iaitu satu pertiga daripada dos dewasa. - Foto AFP

Britain akan menawarkan vaksin COVID kepada kanak-kanak 5-11 tahun

LONDON: Britain akan mula menawarkan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun yang paling berisiko terkena coronavirus minggu ini, kata Perkhidmatan Kesihatan Negara yang dikendalikan kerajaan semalam.

Britain lebih perlahan daripada beberapa negara lain dalam menawarkan suntikan kepada kanak-kanak berumur 5-11 tahun, dan tidak merancang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur secara lebih meluas tidak seperti negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

NHS England berkata, kanak-kanak dalam kohort yang berada dalam kumpulan risiko klinikal atau yang tinggal bersama seseorang yang mengalami imunosupresi akan mendapat suntikan COVID-19 yang pertama, selaras dengan nasihat yang dikeluarkan bulan lalu oleh Jawatankuasa Bersama Vaksin dan Imunisasi ( JCVI).

"Saya ingin ibu bapa dan penjaga diberi jaminan bahawa tiada vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diharapkan telah dipenuhi," kata menteri vaksin United Kingdom (UK), Maggie Throup.

"Saya menggalakkan seramai mungkin untuk memastikan anak mereka mendapat suntikan apabila dihubungi."

Kanak-kanak akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech, iaitu satu pertiga daripada dos dewasa.

Jangkitan pada masa ini tinggi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di England, dengan Pejabat Statistik Kebangsaan menganggarkan bahawa hampir 12 peratus murid sekolah yang lebih muda mempunyai coronavirus pada minggu yang berakhir pada 22 Januari. - REUTERS

Berita Harian X