COPENHAGEN: Lebih separuh daripada penduduk Eropah diramal dijangkiti varian coronavirus Omicron dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang, kata pegawai tertinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Eropah, hari ini.
Eropah mencatat lebih tujuh juta kes baharu COVID-19 dilaporkan pada minggu pertama tahun ini, lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu, kata pengarah WHO, Eropah Hans Kluge dalam satu taklimat berita.
"Pada kadar ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan meramalkan lebih 50 peratus penduduk di rantau ini akan dijangkiti Omicron dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang," katanya. - REUTERS