Ahad, 2 Januari 2022 | 5:07pm
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di Parlimen di Cape Town, Afrika Selatan. - Foto REUTERS
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di Parlimen di Cape Town, Afrika Selatan. - Foto REUTERS

Kebakaran meletus di bangunan Parlimen Afrika Selatan

CAPE TOWN: Satu kebakaran berlaku hari ini di Parlimen Afrika Selatan di bandar, dengan liputan media menunjukkan api datang dari bumbung bangunan dan kepulan asap boleh dilihat dari beberapa kilometer jauhnya.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada sesiapa berada di dalam bangunan itu.

Ahli Jawatankuasa Datuk Bandar Cape Town, Jean-Pierre Smith, berkata kebakaran itu berlaku di tingkat tiga bangunan dan laporan awal menunjukkan bahawa ia bermula di ruang pejabat dan merebak ke arah gim.

Kebakaran di Parlimen Afrika Selatan, hari ini. - Foto AFP
Kebakaran di Parlimen Afrika Selatan, hari ini. - Foto AFP

Kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan parlimen. - Foto AFP
Kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan parlimen. - Foto AFP

"Kawasan bumbung telah terbakar dan bangunan Dewan Negara turut terbakar," katanya yang bertanggungjawab untuk keselamatan dan kawalan.

Rakaman di televisyen menunjukkan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian termasuk enam peralatan memadam kebakaran dan kira-kira 36 anggota bomba. - REUTERS

Berita Harian X