Ahad, 2 Januari 2022 | 4:09pm
Perancis akan mengurangkan tempoh kuarantin COVID-19 untuk mengurangkan kesannya terhadap masyarakat dan ekonomi. - Foto AFP
Perancis akan mengurangkan tempoh kuarantin COVID-19 untuk mengurangkan kesannya terhadap masyarakat dan ekonomi. - Foto AFP

Perancis mahu memudahkan peraturan pengasingan COVID-19

PARIS: Perancis akan melonggarkan peraturan pengasingan COVID-19 mulai esok dalam usaha untuk mengurangkan kesannya terhadap masyarakat dan ekonomi.

Mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya dan didapati positif hanya perlu mengasingkan diri selama tujuh hari tanpa mengira varian coronavirus yang mereka dijangkiti, tetapi boleh menamatkan kuarantin selepas lima hari jika mereka menunjukkan antigen atau ujian PCR negatif.

Bagaimanapun, tiada kuarantin bagi individu yang vaksinasi lengkap yang mempunyai kontak rapat individu positif.

Menteri Kesihatan, Olivier Veran dalam temu bual dengan Le Journal du Dimanche, berkata orang ramai juga mesti menghormati langkah perlindungan dan menjalani ujian biasa.

Sehingga kini, mereka yang didapati positif di Perancis terpaksa mengasingkan diri selama 10 hari dan kontak rapat juga dikuarantin selama seminggu.

Tempoh pengasingan maksimum boleh sehingga 17 hari tanpa mengira varian jika isi rumah positif mengambil kira varian Omicron.

Sementara itu, mereka yang diuji positif tetapi tidak lengkap vaksin mesti melengkapkan kuarantin 10 hari, mengikut peraturan yang sama, tetapi dipendekkan kepada tujuh jika mereka menunjukkan antigen positif atau ujian PCR negatif.

Kuarantin tujuh hari kekal untuk kontak rapat yang tidak divaksin, yang mesti menunjukkan ujian negatif untuk menamatkan pengasingan. - AFP

Berita Harian X