Rabu, 22 Disember 2021 | 8:55am
- FOTO AFP
- FOTO AFP

WHO lulus vaksin Nuvaxovid

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan vaksin COVID-19 ke-10 iaitu Nuvaxovid dihasilkan gergasi farmasi Amerika Syarikat (AS), Novavax untuk kegunaan kecemasan.

Ini susulan, pengawal selia ubat-ubatan Agensi Ubat Eropah (EMA) juga memberi kebenaran penggunaan vaksin itu.

WHO berkata, keberkesanan Nuvaxovid adalah sekitar 90 peratus mengurangkan gejala COVID-19 dalam kajian klinikal di Britain dan AS serta Mexico, membabitkan lebih 45,000 orang.

Sementara itu, dalam dokumen berasingan, Kumpulan Pakar Imunisasi Strategik Penasihat WHO mengesyorkan vaksin baharu diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas dengan selang tiga hingga empat minggu antara dua dos.

"Vaksin itu tidak boleh diberikan dengan selang masa kurang daripada tiga minggu," kata kumpulan pakar terbabit.

Vaksin Nuvaxovid dihasilkan daripada teknologi lebih konvensional yang diluluskan sebelum ini, membabitkan protein pepaku coronavirus yang mencetuskan tindak balas imun.

Langkah WHO ini diharap dapat membantu memujuk mereka yang sangsi untuk divaksin supaya tampil mendapatkan suntikan vaksin.

Tindakan WHO itu juga dijangka membuka jalan kepada negara di seluruh dunia untuk melulus dan mengimport vaksin dengan cepat termasuk menerusi program COVAX kepada negara miskin. - AFP

Berita Harian X