WASHINGTON: Russia dijangka mengerahkan 175,000 tentera menceroboh Ukraine tahun depan, dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran mengenai serangan skala besar yang mungkin sedang dirancang, lapor The Washington Post.
Pentadbiran AS berkata kepada The Washington Post, perancangan Moscow membabitkan pergerakan besar 100 kumpulan taktikal batalion yang dianggarkan dengan kekuatan 175,000 tentera bersama kereta perisai, senjata dan kelengkapan lain.
Meskipun Pentagon tidak memberi komen berhubung sumber risikan itu kepada AFP, ia berkata kebimbangan besar dengan bukti perancangan Russia akan bertindak terhadap Ukraine.
"Kami terus menyokong penolakan keganasan di rantau ini dan penyelesaian diplomatik terhadap konflik di timur Ukraine," kata jurucakap Pentagon Leftenan Kolonel Tony Semelroth.
Memetik dokumen perisikan AS yang tidak diklafikasikan, The Washington Post mendakwa, tentera Russia dilaporkan dikerahkan di empat pusat dengan 50 kumpulan taktikal medan perang dengan tambahan kereta kebal.
Sumber dilaporkan berkata, pergerakan tentera ke sempadan untuk membuat pergerakan taktikal dan boleh mengakibatkan ketidaktentuan.
Presiden AS, Joe Biden, semalam menyatakan, dia bersedia untuk menggubal dasar baharu untuk menyekat rancangan Russia menyerang Ukraine, selepas Washington serta Kiev melaporkan Moscow sudah mengerakkan tentera ke sempadan.
Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov mengganggarkan Russia mengerahkan sekitar 100,000 tentera berdekatan sempadan, namun Russia menafikan tuduhan itu. - AFP