Selasa, 1 Jun 2021 | 9:00am
Ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna. - Foto AFP
Ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna. - Foto AFP

Pemantau nuklear PBB 'risau' dengan Iran

VIENNA: Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan kerana Iran belum menjelaskan mengenai pembangunan tenaga nuklearnya.

Difahamkan, stok uranium diperkayakan Iran kini adalah sekitar 16 kali ganda lebih banyak berbanding apa yang dipersetujui dalam rundingan pada 2015.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, daam satu laporan berkata pihaknya bimbang kerana perbincangan teknikal antaranya dengan Iran belum menghasilkan keputusan yang diharapkan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pertukaran maklumat ketika lawatan ke tapak pembangunan tenaga nuklear.

Dalam laporan berasingan, agensi itu berkata stok uranium diperkayakan milik Iran kini dianggar berjumlah 3,241 kilogram (kg) tetapi menegaskan ia tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, had yang ditetapkan dalam perjanjian pada 2015 ialah 300 kg sebatian uranium, bersamaan dengan 202.8 kg uranium. - AFP

Laporan terbaru akan dikemukakan kepada lembaga gabenor IAEA minggu depan, ketika perbincangan di Vienna mengenai kemungkinan menghidupkan semula perjanjian pada 2015.

IAEA juga berharap Amerika Syarikat (AS) akan kembali menyertai rundingan itu , selepas bekas Presiden AS, menarik negara itu keluar pada 2018 dan mengenakan sekatan terhadap Iran. - AFP

Berita Harian X