Rabu, 28 April 2021 | 10:58am
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky (tengah) bercakap dengan anggota tentera di pos kawalan wilayah Kherson, sempadan Russia-Crimea. - Foto AFP
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky (tengah) bercakap dengan anggota tentera di pos kawalan wilayah Kherson, sempadan Russia-Crimea. - Foto AFP

PM Ukraine arah askar berjaga-jaga di sempadan

KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, semalam menggesa tenteranya terus berjaga-jaga walaupun tentera Russia berundur dari sempadan negara itu kerana mereka mungkin kembali pada 'bila-bila masa'.

 

Kiev berperang dengan puak pemisah pro Russia di wilayah timur Donetsk dan Luhansk sejak 2014, selepas menawan semenanjung Crimea.

Russia sejak beberapa minggu lalu, mengerahkan hingga 100,000 tentera di sempadan utara dan timur  Crimea, Ukraine, menimbulkan kebimbangan mengenai tindakan ketenteraan.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Moscow mengumumkan akan mula memanggil balik askar, dengan Kiev dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengalu-alukan pengumuman itu.

"Walaupun tentera (Russia) berundur, tidak bermaksud mereka tidak mungkin kembali ke sempadan kita pada bila-bila masa," kata Zelensky ketika melawat kedudukan Ukraine di Crimea.

Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby minggu ini berkata Washington mengesan pergerakan beberapa tentera Russia jauh dari sempadan Ukraine tetapi menjelaskan 'terlalu awal' untuk memutuskan sama ada Russia menarik balik semua kekuatannya.

Gencatan senjata yang dipersetujui Julai lalu sudah ditamatkan tahun ini, berikutan menerusi peningkatan pertembungan antara pasukan Ukraine dan puak pemisah, sejak Januari lalu.

Selasa lalu, tentera Ukraine melaporkan kematian seorang askar manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan mereka terkena periuk api.

Hampir 30 askar Ukraine terkorban sejak awal tahun ini berbanding 50 orang tahun lalu, manakala puak pemisah melaporkan sekurang-kurangnya 20 kematian.

Puak pemisah dikatakan mempunyai sokongan politik dan ketenteraan Russia dengan dakwaan itu dinafikan Moscow dalam konflik yang meragut lebih 13,000 nyawa. - AFP

Berita Harian X