Ahad, 18 April 2021 | 10:56pm
Pesawat Robin DR400 yang berlepas dari Beauvais, ditemukan terhempas di sebuah ladang berhampiran Saint-Pathus. - Foto AGENSI
Pesawat Robin DR400 yang berlepas dari Beauvais, ditemukan terhempas di sebuah ladang berhampiran Saint-Pathus. - Foto AGENSI

4 maut pesawat ringan terhempas di luar Paris

MEAUX: Empat orang mati apabila sebuah pesawat ringan terhempas di timur Paris hari ini, kata pasukan bomba tempatan.

Sebuah pesawat Robin DR400 yang berlepas dari Beauvais, barat laut ibu negara Perancis, ditemukan di sebuah ladang berhampiran Saint-Pathus, dan siasatan telah dimulakan untuk menentukan punca kemalangan itu, tambah perkhidmatan itu.

Maklumat yang diberikan kepada AFP oleh lapangan terbang Lognes-Emerainville menunjukkan bahawa ia adalah penerbangan latihan.

Pesawat ringan itu berasal dari Perancis, dibatasi oleh undang-undang untuk penerbangan visual pada ketinggian tidak lebih dari 15,000 kaki, kata sumber lapangan terbang.

Satu unit carian dari polis gendarmerie dihantar ke tempat kejadian, di mana bau minyak kapal terbang yang kuat memenuhi udara, kata pihak bomba. - AFP

Berita Harian X