Jumaat, 2 April 2021 | 9:12am
 Foto fail AFP
Foto fail AFP

UK kesan 30 kes darah beku babit vaksin AstraZaneca

LONDON: United Kingdom (UK) mengenal pasti 30 kes darah beku selepas pengambilan vaksin COVID-19 AstraZaneca.

Agensi Kawal Selia Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian darah beku berpunca daripada pengambilan vaksin keluaran BioNTech dan Pfizer Inc.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, mereka tetap percaya manfaat pengambilan vaksin dalam mencegah COVID-19 jauh lebih baik berbanding risiko kemungkinan berlaku kejadian darah beku.

Beberapa negara menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca manakala ada negara menerusi program inokulasi vaksin terbabit biarpun terdapat laporan kejadian darah beku masih berlaku.

Pada 18 Mac lalu, agensi kawal selia perubatan UK melaporkan terdapat lima kes kejadian darah beku pada otak dalam kalangan 11 juta penerima vaksin itu.

Semalam jumlah kejadian darah beku meningkat kepada 22 laporan serta lapan lagi laporan kejadian serupa yang dikaitkan dengan platlet darah rendah daripada 18.1 juta penerima dos. - AGENSI

Berita Harian X