Isnin, 6 Julai 2020 | 8:15am
Petugas kesihatan Magen David Adom, Pusat Kecemasan Kebangsaan Israel di melakukan ujian swab, di makmal bergerak di timur Jerusalem. - Foto AFP
Petugas kesihatan Magen David Adom, Pusat Kecemasan Kebangsaan Israel di melakukan ujian swab, di makmal bergerak di timur Jerusalem. - Foto AFP

COVID-19: Lebih setengah juta orang mati, 11.3 juta kes positif

PARIS: Pandemik COVID-19 merekodkan 531,789 kematian di seluruh dunia sehingga Ahad, sejak virus itu mula muncul di China, Disember tahun lalu.

Sebanyak 11.36 juta kes positif direkodkan di 196 negara dengan 5.9 juta pesakit disahkan pulih sepenuhnya.

Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan 160,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.87 juta kes dengan

129,718 kematian.

Brazil kini menjadi negara kedua dengan kes positif jangkitan tertinggi iaitu 1.57 juta kes dengan 64,265 kes kematian.

Rusia dan India melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 680,000 dan 673,000 kes.

Sebelas negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, United Kingdom (UK), Mexico, Sepanyol, Itali, Iran, Pakistan, Arab Saudi, Turki dan Perancis.

Negara yang mencatatkan angka positif melebihi 100,000 kes pula ialah Jerman, Afrika Selatan, Bangladesh, Colombia dan Kanada.

Bagi rantau Asia Tenggara, Indonesia tertinggi dengan jumlah kes COVID-19 lebih 62,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X