KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menuntut Iran menghukum mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat milik negara itu selain membayar pampasan.
“Kami harap Iran...menghadapkan menghadapkan semua yang bersalah ke mahkamah,” katanya dalam paparan di Facebook.
Beliau turut menuntut pampasan selepas Teheran tersilap tembak pesawat itu, mengakibatkan semua 176 penumpang dan kru terbunuh.
Sementara itu di Ottawa, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berkata Iran perlu bertanggungjawab selepas mengakui tersilap tembak pesawat Ukraine itu.
Beliau menuntut ketelusan dan keadilan bagi keluarga mangsa, kebanyakannya memiliki dua kewarganegaraan iaitu Iran dan Kanada.
"Ini adalah tragedi nasional dan seluruh Kanada berkabung bersama,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi