Jumaat, 10 Januari 2020 | 3:47pm
Presiden Volodymyr Zelenskiy meletakkan jambangan bunga di ruangan khas bagi mengenang mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil, di Kiev. - Foto Reuters
Presiden Volodymyr Zelenskiy meletakkan jambangan bunga di ruangan khas bagi mengenang mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil, di Kiev. - Foto Reuters

Ukraine dakwa pesawat mungkin ditembak

KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata pesawat penumpang Ukraine yang terhempas, mengorbankan semua penumpang dan kru, mungkin ditembak menggunakan peluru berpandu.

Bagaimanapun, tegasnya, perkara itu belum disahkan dan beliau akan berbincang berhubung penyiasatan mengenainya dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo.

Pesawat yang terhempas di Iran itu mengakibatkan semua 176 penumpang dan kru terbunuh.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, turut berkata pesawat itu berkemungkinan besar ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Iran, berdasarkan laporan risikan negara itu dan sumber lain. - Reuters

Berita Harian X