Rabu, 11 Disember 2019 | 7:39am
Pegawai polis mengawal Hospital Ostrava lokasi kejadian seorang lelaki menembak mati enam orang di Republik Czech. - Foto AFP
Pegawai polis mengawal Hospital Ostrava lokasi kejadian seorang lelaki menembak mati enam orang di Republik Czech. - Foto AFP

Penyerang tembak mati 6 orang sebelum bunuh diri

PRAGUE: Seorang lelaki berusia 42 tahun menembak mati enam orang semalam di bilik menanti hospital di bandar raya Ostrava di timur Republik Czech sebelum melarikan diri dan membunuh diri dengan menembak kepalanya.

Ia kejadian tembakan paling buruk di negara itu sejak seorang lelaki membunuh lapan orang sebelum membunuh diri di restoran di Uhersky Brod pada 2015.

Jenayah membabitkan senjata api jarang berlaku di negara berkenaan.

Motif serangan tidak dapat dipastikan.

Ia berlaku pada awal pagi di klinik pesakit luat di Hospital Universiti Ostrava, terletak 350 kilometer ke timur Prague dan berhampiran dengan sempadan Poland.

Perdana Menteri Andrej Babis memberitahu wartawan ia tindakan individu.

“Dia pula dan memberitahu menembak orang ramai dan akan menembak diri sendiri,” kata Babis pada sidang akhbar, menambah ibu penyerang bekerjasama dengan polis.

Penduduk menyalakan lilin memberi penghormatan kepada mangsa yang mati akibat ditembak lelaki di hospital Ostrava, Republik Czech. - Foto REUTERS
Penduduk menyalakan lilin memberi penghormatan kepada mangsa yang mati akibat ditembak lelaki di hospital Ostrava, Republik Czech. - Foto REUTERS

Penyerang melarikan diri selepas melepaskan tembakan, memaksa gerakan memburunya dilancarkan membabitkan ratusan anggota polis.

Dia kemudian menembak kepalanya sendiri di kereta dengan helikopter polis berlegar di atas.

Penembak itu mati setengah jam kemudian selepas usaha menyelamatkannya gagal, kata Menteri Dalam Negeri,

Jan Hamacek.

Penembak dikenal pasti sebagai Ctirad Vitasek, juruteknik pembinaan di syarikat AZ-INTERGRIPS beribu pejabat di Opava, di timur laut Ostrava. — Reuters

Berita Harian X