Selasa, 10 Disember 2019 | 4:32pm
Pegawai polis berkawal berhampiran tempat kejadian insiden tembakan di hadapan sebuah hospital di Ostrava, Republik Czech, hari ini. -Foto Reuters
Pegawai polis berkawal berhampiran tempat kejadian insiden tembakan di hadapan sebuah hospital di Ostrava, Republik Czech, hari ini. -Foto Reuters

6 maut, insiden tembakan di Republik Czech

PRAGUE: Jumlah mangsa yang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah hospital di timur laut bandar Ostrava, Republik Czech hari ini meningkat kepada enam orang, kata Menteri Kesihatan Adam Vojtech kepada Radio Czech.

Terdahulu, seorang lelaki melepaskan tembakan hari ini di sebuah hospital di Ostrava, menyebabkan empat terbunuh manakala dua lagi cedera parah, kata polis.

“Ada empat maut dan dua mangsa parah di tempat kejadian,” kata jurucakap polis serantau Pavla Jirouskova kepada saluran awam Televisyen Czech.

Katanya, polis masih memburu penyerang bersenjata terbabit. -Reuters/AFP

Berita Harian X