Jumaat, 29 November 2019 | 11:07pm

Penyerang pisau London Bridge ditembak mati

LONDON: Polis Britain menembak seorang lelaki, hari ini, selepas satu insiden tikaman di kawasan London Bridge, menurut sumber keselamatan.

“Polis dipanggil pada jam 1.58 petang waktu tempatan ke insiden tikaman di premis berhampiran London Bridge. Seorang lelaki ditahan polis. Kami percaya beberapa mangsa cedera,” menurut kenyataan polis.

Laman berita Sky News melaporkan seorang lelaki ditembak mati dan perkhidmatan ambulans juga berkata, ia mempunyai beberapa kru di lokasi.

London Bridge menjadi lokasi serangan tiga militan menggunakan sebuah van untuk melanggar pejalan kaki sehingga menyebabkan lapan orang maut, pada Jun 2017.

Awal bulan ini, Britain menurunkan tahap ancaman keganasan nasional daripada ‘tinggi’ kepada ‘teruk’ iaitu pada tahap terendah, sejak 2014. - Reuters

Berita Harian X