Selasa, 30 Julai 2019 | 4:49pm
Lebih 3.2 juta hektar kawasan terbakar semalam, terutama di rantau Yakutia di utara serta Krasnoyarsk dan Irkutsk di Siberia, kata pihak berkuasa. Menurut Greenpeace, hampir 12 juta hektar kawasan terbakar tahun ini, menyebabkan pelepasan ketara karbon dioksida dan mengurangkan kapasiti akan datang hutan menyerap gas itu. -Foto Agensi

Kebakaran hutan Siberia bencana untuk Artik

MOSCOW: Kebakaran hutan mega memusnahkan sejumlah besar kawasan Siberia, Russia namun insiden itu tahun itu mencapai paras luar biasa dengan kebimbangan impak jangka panjang terhadap alam sekitar.

Ketika kebakaran memusnahkan jutaan hektar kawasan menyebabkan hampir keseluruhan bandar itu diselubungi asap hitam toksik, pakar alam sekitar memberi amaran, bencana itu mengancam mempercepatkan kecairan ais di Artik.

Lebih 3.2 juta hektar kawasan terbakar semalam, terutama di rantau Yakutia di utara serta Krasnoyarsk dan Irkutsk di Siberia, kata pihak berkuasa.

Kebakaran itu, dicetuskan ribut petir ketika suhu melebihi 30 darjah Celsius, dimarakkan dengan angin kencang, kata agensi perhutanan persekutuan Russia.

Asap tebal itu bukan hanya menjejaskan penempatan kecil namun bandar besar di Siberia Barat dan rantau Altai serta Urals seperti Chelyabinsk dan Yekaterinburg serta menjejaskan perjalanan udara. Ahad lalu, asap itu sampai ke negara jiran Kazakhstan.

Menurut Greenpeace, hampir 12 juta hektar kawasan terbakar tahun ini, menyebabkan pelepasan ketara karbon dioksida dan mengurangkan kapasiti akan datang hutan menyerap gas itu. -AFP

Berita Harian X