Sabtu, 29 Jun 2019 | 7:17pm
PERANCIS mencatatkan suhu melebihi 45 darjah Celsius. - Foto AFP
PERANCIS mencatatkan suhu melebihi 45 darjah Celsius. - Foto AFP

Gelombang kepanasan ragut 2 nyawa di Sepanyol

PARIS: Perancis mencatatkan suhu melebihi 45 darjah Celsius semalam buat kali pertama dalam rekod ketika Eropah semakin layu menghadapi gelombang kepanasan, kata agensi kaji cuaca Meteo-France.

Sementara itu, dua kematian berkaitan gelombang kepanasan dilaporkan di Sepanyol.

Selepas berasa pening ketika membantu menuai gandum di wilayah Andalusia, remaja berkenaan diserang sawan selepas berendam dalam kolam renang untuk menyejukkan badan.

Beliau dikejarkan ke hospital di Cordoba dan meninggal dunia di situ.

Dalam satu kes lagi di Sepanyol, warga emas 93 tahun pitam dan meninggal dunia di jalan raya di bandar raya Valladolid, kata polis, menyatakan kepanasan sebagai punca.

Kematian berkaitan kepanasan juga dilaporkan di Itali, Perancis dan Jerman, kebanyakannya warga tua.

Rekod suhu terbaru Perancis setinggi 45.9 darjah dicatatkan di

Gallargues-le-Montueux, kampung di selatan Gard berhampiran Montpellier.

Perancis, Sepanyol, Itali dan beberapa bahagian tengah Eropah terjejas teruk akibat suhu tinggi, dan pegawai menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.

Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia berkata, 2019 berada dalam landasan menjadi tahun paling panas dunia, dan 2015 hingga 2019 menjadi yang paling panas dalam tempoh lima tahun.

Ia berkata, gelombang kepanasan di Eropah ‘amat konsisten’ dengan keadaan melampau yang dikaitkan dengan impak pelepasan gas rumah hijau. —AFP

Berita Harian X