Selasa, 15 Januari 2019 | 1:51am
POLIS Sepanyol menahan 182 orang kerana mengambil bahagian pertandingan sabung ayam di selatan bandar Sangonera. - Foto AFP
POLIS Sepanyol menahan 182 orang kerana mengambil bahagian pertandingan sabung ayam di selatan bandar Sangonera. - Foto AFP

182 penyabung ayam ditahan polis Sepanyol

MADRID: Polis Sepanyol berjaya menangkap 182 orang kerana mengambil bahagian dalam pertandingan sabung ayam, sebuah sukan purba yang masih diadakan di beberapa wilayah meskipun sudah diharamkan di negara itu.

Menurut kenyataan polis, pegawainya merampas wang tunai berjumlah 300,000 euro (RM1.4 juta) semasa dalam serbuan di selatan bandar Sangonera, dekat sini.

Katanya, polis merampas 97 ekor ayam hidup dan enam ayam mati selain 87 pokok ganja.

Tambahnya, seramai 182 yang ditangkap itu akan didakwa kerana menganiaya haiwan.

Di bawah undang-undang Sepanyol, individu yang didapati bersalah menganiaya haiwan bakal berdepan setahun hingga setahun setengah penjara jika haiwan itu mati.

Pada 2011, polis menangkap kira-kira 100 orang kerana terbabit dalam pertandingan sabung ayam yang diadakan di lokasi sama. - AFP

Berita Harian X