Selasa, 15 Januari 2019 | 12:42am

OPCW sepakat haramkan agen saraf Novichok

THE HAGUE: Pemerhati dari Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) akan memasukkan agen saraf direka Soviet digelar Novichok yang digunakan dalam serangan tahun lepas di Salisbury, England di dalam senarai toksin yang dilarang.

Negara anggota berkata, seramai 41 anggota selaku badan yang membuat keputusan dengan OPCW mengambil satu cadangan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Belanda dan Kanada.

Mereka bersetuju menambahkan ‘dua jenis bahan kimia merbahaya termasuk agen saraf digunakan di Salisbury,” kata duta Kanada kepada agensi, Sabine Nolke menerusi Twitter.

“Russia menjauhkan diri dari persetujuan itu, bagaimanapun tidak membantah keputusan terbabit,’ katanya.

Sebelum ini, sekutu barat mengarahkan pengusiran besar-besaran diplomat Russia sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di Salisbury, Mac lalu.

Pihak berkuasa Britain menyatakan perisik tentera Russia dikenali GRU meracun Skripal dengan Novichok.

Bagaimanapun, keputusan OPCW dibuat hari ini adalah rahsia dan tiada maklumat terperinci mengenainya. -Reuters

Berita Harian X