Isnin, 3 Disember 2018 | 8:15am
Alex Younger. - Foto Reuters
Alex Younger. - Foto Reuters

Russia jangan pandang rendah pada Barat

ST ANDREWS: Ketua perkhidmatan perisikan luar Britain memberi amaran kepada Kremlin hari ini supaya tidak memandang rendah kepada Barat selepas serangan nekad ejen saraf ke atas bekas pengintip Russia di England mencetuskan kebimbangan mengenai aktiviti rahsia Moscow di luar negara.

Dalam ucapan utama keduanya sejak dinamakan sebagai ketua Perkhidmatan Perisikan Rahsia (MI6) pada 2014, Alex Younger, berkata Russia mempunyai pendirian ‘konfrontasi berterusan’ dengan Barat.

Younger mendedahkan bagaimana selepas serangan ke atas bekas pegawai perisik tentera Russia, Sergei Skripal, yang berpaling tadah kepada MI6, sekutu Britain di Eropah dan Amerika Syarikat mengambil bahagian dan mengarahkan pengusiran beramai-ramai diplomat Russia sejak kemuncak Perang Dingin.

Britain mengenal pasti ejen saraf yang digunakan di Salisbury sebagai Novichok, kumpulan ejen saraf sangat kuat yang dibangunkan tentera Soviet pada 1970-an dan 1980-an.

Moscow berulang kali menafikan pembabitan dan menuduh agensi perisikan Britain melancarkan serangan itu menimbulkan sentimen anti-Russia.

Namun Younger menggesa Russia atau mana-mana negara yang berhasrat menggulingkan kerajaan supaya tidak memandang rendah kesungguhan atau kemampuan mereka, atau sekutunya. — Reuters

Berita Harian X