Isnin, 1 Oktober 2018 | 5:11pm
KUMPULAN penunjuk perasaan pro kemerdekaan bertindak menghalang jalan raya utama dan laluan kereta api berkelajuan tinggi di rantau Catalonia Sepanyol, hari ini. - Foto EPA
KUMPULAN penunjuk perasaan pro kemerdekaan bertindak menghalang jalan raya utama dan laluan kereta api berkelajuan tinggi di rantau Catalonia Sepanyol, hari ini. - Foto EPA

Jalan raya, landasan kereta api Catalonia disekat

BARCELONA: Kumpulan penunjuk perasaan pro kemerdekaan bertindak menghalang jalan raya utama dan laluan kereta api berkelajuan tinggi di rantau Catalonia Sepanyol, hari ini.

Kejadian itu berlaku genap setahun selepas pungutan suara pemisah yang diharamkan dan dicemari oleh keganasan polis.

Ratusan aktivis, ramai yang menutup wajah dengan tudung, memenuhi landasan kereta api laju di Girona, utara Catalan ibu negara Barcelona.

TV Catalan menunjukkan beberapa jalan utama di Barcelona dan Lleida disekat, seperti lebuh raya AP-7 yang menghala ke sempadan Perancis dan A2 yang menghubungkan Barcelona ke Madrid.

Perkhidmatan laluan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Figueres, Girona dan Barcelona turut terjejas sejak landasan di Girona disekat,” tulis pengendali perkhidmatan rel Renfe di laman Twitter.

Semua penunjuk perasaan dipanggil untuk berhimpun oleh kumpulan akar umbi yang menggelar diri mereka Jawatankuasa Pertahanan Republik (CDR) yang ditubuhkan untuk membantu pengharaman pungutan suara tahun lalu dan kini menuntut pemisahan secara mutlak dengan Sepanyol.

Kumpulan itu berkongsi gambar bendera pemisah Catalan berwarna kuning dan biru yang diletakkan pada landasan di stesen di Girona yang dikelilingi penunjuk perasaan, menerusi laman Twitter. - AFP

Berita Harian X