Khamis, 6 September 2018 | 7:40am

3 warga Thailand maut helikopter terhempas

PRAGUE: Seorang rakyat Republik Czech dan tiga warga asing terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di atas sebuah kilang di barat negara itu.

Agensi berita Czech CTK berkata, warga asing yang maut itu dipercayai rakyat Thailand.

Insiden itu membabitkan helikopter Robinson R44-Raven yang mempunyai empat tempat duduk dan ia terhempas di zon perindustrian di bandar Plzen.

“Antara mangsa yang terbunuh adalah tiga warga asing, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan,” kata jurucakap polis tempatan, Dana Ladmanova.

Setakat ini, Kedutaan Thailand di Prague gagal dihubungi untuk maklumat lanjut. - AFP

Berita Harian X