Rabu, 1 Ogos 2018 | 1:19am
 EMMANUEL Macron - Foto AFP
EMMANUEL Macron - Foto AFP

Presiden Perancis berjaya ketepi undi tidak percaya

PARIS: Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron semalam, berjaya mengenepikan satu daripada dua undi tidak percaya yang dikemukakan oleh penggubal undang-undang pembangkang, berhubung skandal membabitkan pengawal peribadinya.

Proses undian yang mendapat sokongan parti konservatif pembangkang hanya berjaya memperoleh 143 undi, berbanding 289 undian yang diperlukan untuk menggulingkan kerajaan.

Politik Perancis bergolak sejak dua minggu lalu, susulan rakaman video menunjukkan pengawal peribadi Macron memukul penunjuk perasaan, sekali gus mencetuskan krisis dalam pentadbiran presiden itu.

Undian kedua oleh pembangkang sayap kiri diadakan lewat hari ini, namun dijangka gagal memperoleh majoriti. - Reuters

Berita Harian X