Khamis, 19 Julai 2018 | 3:29pm
ANGGOTA polis mengawal di Rollestone Street, Salisbury. - Foto AFP
ANGGOTA polis mengawal di Rollestone Street, Salisbury. - Foto AFP

Suspek serangan ejen saraf rakyat Russia - polis Britain

LONDON: Polis percaya mereka sudah mengenal pasti suspek yang melancarkan serangan Novichok ke atas bekas ejen perisik Russia dan anak perempuannya, di bandar raya Salisbury, lapor Press Association hari ini.

"Penyiasat percaya mereka sudah mengenal pasti suspek melancarkan Novichok menerusi kamera keselamatan (CCTV) dan memeriksa balas dengan rekod mereka yang memasuki negara sekitar waktu itu.

"Mereka pasti suspek ialah rakyat Russia," kata sumber.

Bagaimanapun, Scotland Yard enggan memberi ulasan mengenai laporan itu ketika dihubungi.

Bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia, pengsan di Salisbury pada 4 Mac lalu selepas terdedah kepada ejen saraf Novichok.

Kedua-duanya sudah sembuh.

Britain menyalahkan Russia kerana meracun Skripal, bekas kolonel dalam perisik tentera yang dipenjarakan kerana beralih arah menyebelahi perkhidmatan keselamatan Britain, MI6.

Beliau meninggalkan Russia untuk ke England dalam pertukaran ejen 2010.

Russia menyangkal keras menafikan pembabitan dalam serangan itu, mencetuskan perbalahan diplomatik yang membawa kepada pengusiran diplomat antara Britain dan sekutunya dan Russia. - AFP

Berita Harian X