Khamis, 12 Julai 2018 | 8:30am
CHARLIE Rowley
CHARLIE Rowley

Mangsa Novichok sudah boleh berbual

LONDON: Lelaki berusia 45 tahun yang dipercayai terdedah dengan agen saraf, Novichok dilaporkan sudah boleh berbual, namun masih sukar mengangkat kepalanya.

Hospital yang merawat Charlie Rowley berkata, keadaan beliau sudah kembali stabil, namun pihak polis masih berusaha menyiasat punca kejadian itu.

Rowley ditemui sakit di kediamannya di Amesbury berhampiran bandar Salisbury di barat daya England pada 30 Jun bersama pasangannya, Dawn Sturgess, 44, yang disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu.

Mereka disahkan terdedah kepada Novichok, iaitu agen saraf yang digunakan ke atas bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia di Salisbury pada Mac lalu.

Pihak polis berkata, mereka sudah bertemu Rowley dan bercadang untuk menemubualnya kembali bagi mengetahui bagaimana pasangan itu boleh terdedah kepada agen saraf berkenaan.

Kematian Sturgess mendorong pihak polis melancarkan siasatan jenayah bagi mengenalpasti kaitan antara insiden di Amesbury dan serangan di Salisbury.

Namun, setakat ini, tiada tangkapan dibuat bagi kedua-dua kes terbabit. - AFP

Berita Harian X