Ahad, 8 Julai 2018 | 7:21am
ANGGOTA polis mengawal di kawasan perumahan di Amesbury. - Foto AFP
ANGGOTA polis mengawal di kawasan perumahan di Amesbury. - Foto AFP

Polis UK mungkin terdedah agen saraf

LONDON: Seorang anggota polis yang berkemungkinan terdedah kepada agen saraf Novichok susulan cubaan meracun satu pasangan di barat daya England minggu lalu, diarah menjalani ujian, kata hospital semalam.

Menurut kenyataan Hospital Daerah Salisbury, pegawai polis itu terpaksa mendapatkan nasihat perubatan yang ada kaitan dengan insiden di Amesbury, bandar di mana pasangan itu ditemui sakit.

"Individu itu kini dibawa ke Hospital Daerah Salisbury yang mempunyai kemudahan untuk menjalankan ujian khas yang sesuai," katanya.

Kenyataan itu menegaskan bahawa risiko terhadap orang ramai adalah rendah, manakala pasukan Polis Wiltshire berkata anggotanya perlu mendapatkan nasihat perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Minggu lalu pasangan Dawn Sturgess, 44 dan Charlie Rowley, 45 tiba-tiba jatuh sakit di Amesbury dan ujian mengesahkan mereka terdedah kepada agen saraf Novichok.

Amesbury terletak tidak jauh dari Salisbury, bandar di mana bekas perisik Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya diracun oleh agen saraf yang sama Mac lalu. - AFP

Berita Harian X