Selasa, 10 April 2018 | 12:54am
Perdana Menteri Britain Theresa May (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen pada pertemuan di Christianborg Castle di Copenhagen, Denmark. - Foto EPA-EFE
Perdana Menteri Britain Theresa May (kiri) berjabat tangan dengan Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen pada pertemuan di Christianborg Castle di Copenhagen, Denmark. - Foto EPA-EFE

Cuma Russia yang mampu - PM Britain

COPENHAGEN: Perdana Menteri Britain, Theresa May, semalam mengulangi tuduhan bahawa Moscow meracun bekas pengintip negara itu, Sergei Skripal, berkata cuma Russia yang ada kemampuan, niat dan motif berbuat demikian.

"Tiada penjelasan munasabah lain selain daripada Russia yang bertanggungjawab.

"Tiada negara lain mempunyai gabungan kemampuan, niat dan motif melakukan tindakan itu," kata May di Copenhagen selepas berunding dengan Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen.

Britain dan sekutunya di Barat menuduh Moscow meracun Skripal dan anak perempuannya, Yulia, pada 4 Mac lalu di Salisbury, England, dengan ejen saraf bertaraf tentera, Novichok.

May berkata, Russia mempunyai rekod melakukan pembunuhan dan selalunya mensasarkan mereka yang berpaling tadah.

Russia menyangkal keras sebarang pembabitan dalam kes meracun Skripal, sebaliknya menuduh Britain dan agensi perisikan AS melakukannya. - AFP

Berita Harian X