X
Jumaat, 30 March 2018 | 11:23am
ANAK perempuan bekas perisik Russia, Yulia Skripal.
ANAK perempuan bekas perisik Russia, Yulia Skripal.

Anak perempuan bekas perisik Russia stabil

LONDON: Anak perempuan bekas perisik Russia yang diserang agen saraf dilaporkan semakin pulih dan tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.

Keadaan Yulia Skripal, 33, itu disahkan pihak hospital di mana dia dan bapanya, Sergei Skripal, 66, dirawat sejak serangan 4 Mac lalu di Britain tetapi Sergei dilaporkan masih kritikal, namun dalam keadaan stabil.

Britain mempersalahkan Moscow atas serangan itu dan hubungan diplomatik Russia dengan beberapa negara Eropah terjejas teruk berikutan tragedi itu termasuk ada yang mengusir diplomat Russia dari negara masing-masing.

Dalam perkembangan terbaru, Russia membalas balik dengan pengusiran 60 diplomat Amerika Syarikat (AS) dari negara itu dan menutup pejabat Konsulat Jeneral Russia di Seattle, AS. - AFP.

Berita Harian X