Jumaat, 23 March 2018 | 6:51pm
Perdana Menteri Britain, Theresa May (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Lithuania, Dalia Grybauskaite, semasa mesyuarat sarapan di hari kedua Sidang Kemuncak Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di ibu pejabat Majlis Eropah di Brussels. - Foto AFP
Perdana Menteri Britain, Theresa May (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Lithuania, Dalia Grybauskaite, semasa mesyuarat sarapan di hari kedua Sidang Kemuncak Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di ibu pejabat Majlis Eropah di Brussels. - Foto AFP

EU pertimbang singkir diplomat Russia

BRUSSELS: Pemimpin beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), hari ini berkata mereka mempertimbangkan sama ada untuk mengusir diplomat Russia atau mengambil langkah menyokong Britain susulan serangan agen saraf ke atas bekas pengintip Kremlin.

Pemimpin EU kembali berbincang semalam selepas bersatu menyokong Perdana Menteri Britain, Theresa May, dalam menyalahkan Russia di atas serangan di England itu, dan bersetuju memanggil balik duta blok itu ke Russia untuk berunding.

Britain mengusir 23 diplomat Russia yang dikatakan pengintip, dan menekan sekutu EU mengikuti jejak itu walaupun Moscow memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Pemimpin negara bekas Kesatuan Soviet yang kini menyertai EU, Republik Czech dan Lithuania, selain Denmark dan Ireland, berkata mereka mempertimbangkan langkah sehala seterusnya, termasuk mengusir diplomat Russia.

"Saya rasa langkah itu akan dilaksanakan bermula minggu depan, oleh banyak negara," kata Presiden Lithuania, Dalia Grybauskaite, sekembalinya dari persidangan itu hari ini.

Perdana Menteri Republik Czech Prime, Andrej Babis, berkata Prague mungkin mengusir beberapa diplomat Russia berhubung kes racun bekas ejen dua muka, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia.

"Ya, kami mungkin menuju ke arah itu," kata Babis, menambah beliau akan berunding dengan anggota Kabinet Isnin ini. - AFP

Berita Harian X