Rabu, 18 Oktober 2017 | 7:11pm
PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan jalanan di Barcelona selepas sebuah mahkamah mengarahkan penahanan dua pemimpin pemisah Catalan. - Foto AFP
PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan jalanan di Barcelona selepas sebuah mahkamah mengarahkan penahanan dua pemimpin pemisah Catalan. - Foto AFP

200,000 bantah penahanan 2 pemimpin Catalan

BARCELONA: Kira-kira 200,000 penunjuk perasaan mengadakan bantahan jalanan di sini selepas sebuah mahkamah mengarahkan penahanan dua pemimpin pemisah Catalan.

Ia melanjutkan lagi ketegangan susulan pungutan suara tidak diiktiraf.

Sambil melaungkan 'kebebasan' atau 'kemerdekaan' serta membawa lilin, penunjuk perasaan berkumpul di jalan besar ibu kota itu waktu malam sebelum bertafakur.

Seorang jurucakap polis perbandaran di sini berkata, sekitar 200,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan.

Demonstrasi sambil menyalakan lilin turut diadakan di Girona, Reus dan bandar Catalan lain sebagai membantah keputusan Mahkamah Kebangsaan berpusat di Madrid Isnin lalu yang memenjarakan Jordi Cuixart dan Jordi Sanchez sebelum siasatan menghasut.

Demonstrasi diadakan ketika waktu semakin suntuk buat pemimpin pemisah Catalan, Carles Puigdemont memberi kata putus kepada Madrid pagi esok jika beliau berhasrat mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu. -AFP

Berita Harian X